Wednesday 9 October 2024

CARA BUAT TELUR ITIK MASIN

 
Telur itik masin memang popular. Banyak orang menggemarinya untuk dimakan bersama nasi kerabu, bubur lambuk atau dengan menu lain. Permintaan yang tinggi menyebabkan bekalan tidak mencukupi.
 
Telur masin merupakan antara makanan diproses yang kaya dengan nutrisi. Telur yang diawet menggunakan garam boleh menjadi makanan yang sihat asalkan ia diambil secara sederhana.
 
Sebenarnya, penggemar telur masin boleh buat telur masin sendiri di rumah. Caranya tidak sukar. Anda hanya perlu sediakan telur itik segar, air garam dan bekas penyimpanan. Selain telur itik, boleh juga menggunakan telur ayam.
 
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
 
- 5 biji telur itik
- 5 sudu besar garam kasar atau 1 sudu untuk setiap biji telur
- Air secukupnya
- Balang kuih untuk merendam telur
 
Cara buat telur masin:
- Basuh telur bersih-bersih.
- Kemudian, tuskan sehingga kering.
- Masak garam dalam air sehingga hancur.
- Biarkan larutan sejuk.
- Masukkan telur dalam balang.
- Kemudian, masukkan air dalam balang sehingga tenggelam.
- Simpan balang di tempat gelap.
- Biarkan selama 10 hari atau 2 minggu.
- Selepas siap, anda boleh uji telur masin.
- Cuba rebus sebiji dan lihat sama ada ia cukup masin.
- Jika tidak, teruskan rendaman.

No comments:

Post a Comment