Ara chedong (ara cedung) atau juga
dipanggil ara tanah merupakan salah satu spesies yang terdapat di hutan
Malaysia. Pokok ara chedong banyak terdapat di tepi-tepi sungai.
Buah akan keluar di bahagian akar pokok
yang terjuntai seperti akar bakau yang tidak berada di dalam tanah sepenuhnya. Sebab itu ia dipanggil ara tanah.
Isi
ara chedong lembik dan berair. Rasanya masam-masam manis. Kalau masak ranum,
rasanya ala-ala strawberry.
Pokok ara banyak tumbuh di Malaysia.
Menariknya, pokok ara banyak spesies yang tumbuh di seluruh dunia, termasuk
Malaysia. Disebabkan rupa pokok dan buah berbeza-beza, maka banyak orang keliru
tentangnya.
Pokok ara atau pokok kayu ara, (bahasa
Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu,
pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae.
Pokok ini berasal dari seluruh kawasan
tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana
yang hangat.
Kebanyakan spesies adalah malar hijau,
sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai
musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil
buah tin. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan
terawal yang ditanam manusia.
Pusat Germaplasma Ara Sabah di Rizab
Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu berjaya membiakkan lebih 90 spesies pokok ara
sejak 2011 bagi memastikan tumbuhan tersebut terus hidup untuk kelangsungan
ekosistem hutan. Di Sabah, dianggar mempunyai sekurang-kurangnya 150 spesies ara.
Dengan kata lain, kalau di Sabah ada 150
spesies ara, di seluruh Malaysia pasti ada lebih daripada jumlah itu.
No comments:
Post a Comment