Singa sejenis binatang buas (panthera leo).
Lalat sejenis serangga terbang yang kecil. Jika dibandingkan singa dengan lalat
memang amat jauh berbeza daripada segi ukuran dan kekuatan. Singa berukuran
beribu kali lebih besar berbanding lalat, begitu juga kekuatannya.
Ada perumpanaan dibuat tentang singa dan
lalat untuk mengukur kekuatan. Itu sekadar perumpanaan dan gelarang sahaja.
Hakikatnya, kekuatan sebenar individu bukan bergantung kepada gelaran dan
perumpamaan.
Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mendakwa
Ketua Pemuda UMNO, Muhammad Akmal Saleh sebagai lalat, sedangkan dia adalah
singa.
Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan
Kerajaan Tempatan, memaklumkan bahawa dia tidak berminat untuk melayan mahupun
bergaduh dengan Akmal.
Dia tidak akan merendahkan martabatnya
dengan melayan kerenah Akmal yang sebelum itu menyekolahkan Nga berhubung isu
sandwic "ham" yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM)
dengan menggunakan logo halal yang tidak sah.
Kor Ming sebelum itu berkata, ‘ham’ hanya
merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda dan ham
ayam, yang sesuai untuk dimakan.
Menurut pemimpin DAP itu, menjadikan
perkara tersebut sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh.
Kor Ming mengatakan dari kedudukannya, dia
singa tidak berdepat dengan lalat. Dia tidak setaraf, jadi dia tidak akan
bergaduh dengan Akmal.
Sikap Kor Ming tidak menepati Tujuh Hukum
yang disebut dalam novel satira malar segar Animal Farm, karya George Orwell
yang salah satunya mengatakan “semua binatang adalah sama” untuk membentuk
masyarakat yang saling membantu dan melengkapkan.
Apapun, tentang gelaran singa dan lalat itu
tidak perlu difikirkan sangat. Itu satu gelaran dan perumpamaan. Gelaran hanya
gelaran, tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Pihak yang mengaku singa sebagai kuat,
mungkin sekadar lalat pada hakikatnya. Sedangkan yang digelar lalat dianggap lemah
itu sebenarya singa yang kuat.
Jadi, tidak perlulah berbangga menggelarkan
diri sendiri dengan nama hebat dan melabelkan orang dengan gelaran lemah.
Ingatlah, gelaran yang dilambangkan sebagai lemah mungkin menjadikan seseorang
lebih kuat.
Sebaliknya, gelaran hebat itu akan
menjadikan seseorang sombong dan ego yang akan merosakkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment