Tuesday, 18 November 2025

MODEL BAHARU SAGA DIANGGAP PALING IKONIK

 
PROTON mengeluarkan model baharu dikenali Saga Serba Baharu, yang dianggap sedang paling ikonik di Malaysia. Menurut PROTON, model ini menggabungkan prestasi mengagumkan; keselamatan menyeluruh; kepintaran dioptimumkan dan penggayaan generasi baharu, menjadikannya kereta dengan nilai terbaik dalam kelasnya.

Tarikan utama model ini sudah pasti harganya. Walaupun menerima pelbagai penambahbaikan besar, Saga Serba Baharu kekal menawarkan nilai hebat untuk wang.

Ia ditawarkan dengan julat harga indikatif antara RM40,000 hingga RM50,000, menjadikannya mampu dimiliki ramai.

Menepati ciri kepintaran dioptimumkan, bahagian dalaman kereta ini menampilkan paparan skrin berkembar bersepadu 16-inci. Lebih menarik, ia turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, menonjolkan komitmen PROTON terhadap mobiliti pintar dan terhubung.

Aspek keselamatan turut dipertingkat secara menyeluruh. Saga Serba Baharu kini dilengkapi dengan sembilan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Ia juga didatangkan dengan enam beg udara, bagi memastikan perlindungan komprehensif dan keyakinan memandu yang lebih tinggi.

Dari segi prestasi, sedan ini dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5L serba baharu. Enjin berkenaan dipadankan dengan Transmisi Bervariasi Berterusan (CVT) yang lancar dan jimat bahan api, meneruskan tradisi PROTON dalam menawarkan prestasi halus untuk pemanduan harian.

Saga Serba Baharu ini bukan sekadar sebuah kereta; ia adalah simbol kemajuan negara. Ia dibangunkan di atas Advanced Modular Architecture (AMA) baharu. PROTON kini mempunyai pemilikan penuh terhadap harta intelek itu, menyerlahkan sejauh mana kejuruteraan automotif Malaysia telah berkembang.

Melengkapkan keseluruhan pakej adalah rekaan luaran yang diperbaharui. Ia menggabungkan identiti abadi Saga dengan sentuhan moden. Uniknya, rekaan ini diserikan dengan perincian berinspirasikan Sulaman Songket yang meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Pasukan pengeluaran di Tanjong Malim telah bekerja keras untuk meningkatkan kapasiti bekalan. Penyerahan kereta kepada pelanggan akan bermula sebaik sahaja pelancaran rasmi berlangsung.

No comments:

Post a Comment