Sunday, 5 January 2025

KEBURUKAN AKIBAT PENEBANGAN POKOK

 
Penebangan pokok atau pembersihan kawasan hutan menyebabkan banjir kerana pokok mempunyai fungsi yang penting dalam pohon memiliki peranan penting dalam kitaran hidrologi dan menjaga keseimbangan ekosistem.

Berikut penjelasan terperinci mengapa penebangan pokok boleh menyebabkan banjir:

- Berkurangnya daya serap air oleh tanah. Akar pokok sebagai penyerap air. Sistem akar pokok yang kompleks dan luas berfungsi sebagai penyerap air hujan yang berkesan. Akar-akar ini menciptakan pori-pori dan saluran di dalam tanah, yang memungkinkan air meresap ke dalam tanah dengan lebih mudah. Sebaliknya, jika pokok ditebang, sistem perakaran ini hilang, sehingga kemampuan tanah untuk menyerap air berkurang secara mendadak.

Kanopi pokok bertindak sebagai penahan air hujan. Daun dan cabang pokok membentuk kanopi yang dapat menahan sebahagian air hujan sebelum jatuh di atas tanah. Hal ini mengurangi kecepatan jatuhnya air dan memberikan waktu bagi tanah untuk menyerapnya.

Tanpa kanopi pokok, air hujan terus menghantam tanah dengan kekuatan penuh, menyebabkan hakisan dan mengurangi kemampuan tanah untuk menyerap air.

Pokok juga berperanan untuk melakukan transpirasi, iaitu pelepasan air dari permukaan daun ke atmosfer. Proses ini membantu mengurangi jumlah air di dalam tanah dan mengembalikan air ke kitaran hidrologi. Tetapi, jika pokok ditebang, proses transpirasi berkurang, sehingga lebih banyak air yang tetap berada di permukaan tanah dan berpotensi menyebabkan banjir.

- Peningkatan hakisan tanah. Akar pokok sebagai pengikat tanah. Jaringan akar pokok membentuk jaringan yang kuat di dalam tanah, mengikat zarah-zarah tanah dan mencegah hakisan akibat air dan angin.

Ketiadaan pokok akan menyebabkan tanah lebih mudah terlibat dalam proses hakisan. Air hujan yang mengalir di permukaan tanah akan mengikis lapisan tanah dan membawa lumpur ke sungai dan saluran air, menyebabkan risiko banjir.

Ketiadaan pokok akan menyebabkan sisa-sisa daun dan ranting atau bahagian lain pokok tidak ada lagi. Sisa-siasa yang gugur dari pokok membentuk lapisan organik di permukaan tanah yang berfungsi sebagai pelindung dan penyerap air. Sisa-siasa ini juga membantu menjaga kelembaban tanah dan mencegah hakisan tanah. Maka, tanpa ada pokok akan menyebabkan permukaan tanah lebih mudah terdedah kepada hakisan dan kekeringan.

Menyebabkan gangguan kepada kitaran hidrologi. Penebangan pokok menyebabkan pola aliran air permukaan berubah. Air hujan yang seharusnya meresap ke dalam tanah akan mengalir lebih cepat di permukaan tanah dan berkumpul di sungai dan saluran air, meningkatkan risiko banjir.

Penebangan pokok akan menyebabkan berkurangnya air dalam tanah. Ini kerana air hujan yang turun di kawasan tanpa pokok tidak sempat meresap di dalam tanah disebabkan air mengalir laju ke kawasan lebih rendah.

Berdasarkan kepada kesan buruk penebangan pokok secara tidak terkawal perlu dihindari. Penebangan pokok perlu dikurangkan atau jika boleh tidak dibuat penebangan. Tebanglah pokok sekadar perlu dan bukannya sekehendak mengikut hasutan nafsu.

Ingatlah, Allah SWT telah mengingatkan bahawa kerosakan di bumi ini adalah disebabkan sikap dan perbuatan manusia sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Surah ar-Rum, ayat 41)

Manakala dalam surah al-Araf ayat 56, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap."

No comments:

Post a Comment