Monday 11 October 2021

FARM FRESH JENAMA SUSU TERKENAL MALAYSIA

 
Banyak mungkin tidak tahu bahawa susu jenama "Farm Fresh" sebelumnya milik 100% Malaysia.

Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada bulan Mei 2010 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menerajui industri tenusu kita.

Masa itu, mereka masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.

Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.

Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN dahulu untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import.

Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan bagi mencapai matlamat Transformasi Negara.

Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.

Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.

Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.

Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" dengan sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 36% dari pasaran susu segar tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya menguasai pasaran tempatan.

Akhirnya projek ini berjaya, matlamat transformasi untuk kurangkan kebergantungan pada makanan import serta menguatkan keselamatan makanan negara tercapai.

Khazanah untung berlipat ganda dengan pelaburannya, berpuluh ribu peluang pekerjaan, penternakan serta perniagaan tempatan diwujudkan dan masa depan syarikat Farm Fresh lebih terjamin dengan penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada nilai RM2 bilion.

Sumber FB Najib Razak 

No comments:

Post a Comment