Sunday 24 April 2022

CHEMPAKA PUTEH SANTUNI PENGHANTAR MAKANAN

 
Siapa dia yang memandu sering kita lupakan kerana kita hanya fikirkan makanan kita sampai sudah. Makanan yang dipesan sampai tepat masa. Kita juga meneliti makanan yang dihantar tidak rosak. Kadang-kadang tidak sekali pun kita menatap wajah letih panas yang menitipkan makanan buat kita. Kita ambil dan terus masuk.

Siapa dia yang menitipkan makanan kita, tidak kita tanya perasaan mereka. Mungkin mereka tidak pernah rasa makanan yang dititipkan buat kita. Cuba sesekali kita order lebih satu dan sedekahkan untuk si penghantar. Lihat ke dalam matanya. Terlihat wajah ceria dan terkejut. Kita pula mendapat pahala bersedekah di bulan Ramadan.

Pertubuhan Chempaka Puteh ingin melihat senyummu dik, saat kau tiba membonceng kotak makanan, teringatkah kau kepada diri yang mungkin tidak pernah merasai nikmat makanan yang dititipkan kepada pembeli. Nah! Kami ingin memberi sedikit senyum buat kamu dik. Terimalah dengan ikhlas kerana kami pun ikhlas ingin melihat senyummu.


No comments:

Post a Comment