Wednesday 4 May 2022

PEMIMPIN DIBENTUK MELALUI PENGALAMAN

 
Untuk jadi pemimpin bukan hanya apabila menang pertandingan permilihan parti atau terpilih jadi Yang Berhomat. Proses membentuk pemimpin unggul melalui latihan berterusan. Ia bukan melalui proses pendidikan formal di universiti atau mana-mana pusat latihan.

Profesor yang mengajar sains politik dan kepimpinan belum tentu layak atau berjaya menjadi pemimpin politik. Teori dan praktikal amat berlainan.

Sebaliknya, proses mendidik pemimpin adalah melalui amalan dan penyertaan berterusan dalam aktiviti kemasyarakatan dan kepimpinan dalam pelbagai peringkat.

Pemimpin unggul bukan pemimpin mi segera. Bukan juga jawatan warisan yang diperoleh sebagai 'pusaka' dari keluarga.

Bentuk dan binalah pemimpin masa hadapan melalui aktiviti hari ini. Biarlah mereka bertatih memperoleh pengalaman sepanjang perjalanan proses kepimpinan yang berliku.

Mereka akan benar-benar berasa jerit perih melalui jalan berliku sebelum layak menjadi pemimpin masa depan.

No comments:

Post a Comment