Tuesday, 28 June 2022

CARA MEMBUAT KEREPEK PISANG

 
Pisang banyak ditanam di negara kita. Selain dimakan segar, buah pisang dimakan apabila direbus, dijadikan pengat, menjadi bahan membuat kek, digoreng dan dijadikan kerepek. Buah pisang juga dibuat lepat, disalai dan sebagainya.

Kerepek pisang disediakan dengan menggunakan pisang yang masih muda atau belum matang sepenuhnya. Antara jenis pisang yang sesuai dijadikan kerepek adalah pisang tanduk, pisang awak, pisang nipah, pisang lang, pisang nangka dan pisang abu.

Kerepek pisang tidak sukar untuk disediakan. Apa yang penting perlu rajin dan ada sedikit pengetahuan mengenainya. Sekarang tidak sukar untuk belajar membuat kerepek pisang kerana banyak terdapat di media maya.

Membuat sendiri kerepek pisang bukan hendak jimat semata-mata, tetapi lebih kepada untuk merasa air tangan sendiri. Lebih-lebih lagi jika ada bekalan buah pisang sendiri.

Cara membuat kerepek pisang.
- Perkara pertama yang anda perlu beri perhatian adalah pemilihan pisang.
- Pisang yang dipilih adalah ketika masih muda atau sudah matang tetapi belum masak.
- Pisang dipotong pada bahagian pangkal dan hujung.
- Hiris kulit pisang secara memanjang sehingga pisau mencecah isi pisang.
- Segat pisang yang telah dikupas. Anda boleh sagat pisang yang telah dihiris dengan cara tegak, memanjang atau serong.
- Pisang yang disagat perlu diletakkan dalam satu bekas dipenuhi dengan air supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. Boleh juga sagat terus ke dalam kuali.
- Bancuhkan garam dan serbuk kunyit dengan ¾ cawan air. Ini akan memasinkan kerepek.
- Panaskan minyak masak sehingga ia agak panas. Peringatan, jangan tunggu sehingga ia berasap.
- Masukkan pisang ke dalam kuali. Anda perlu memisahkan pisang-pisang supaya ia tidak melekat dengan menggunakan sudip.
- Dalam masa 5-7 minit, perlu kacau sekali sekala.
- Selepas itu, pisang akan mula mengeras. 
- Tabur 2 sudu garam ke dalam kuali.
- Kacau-kacaukan supaya air garam rata.
- Kemudian, akan mula mendengar bunyi berdesir.
- Teruskan menggoreng dalam 2-3 minit sehingga bunyi tersebut berhenti dan benar-benar garing.
- Angkat dan toskan.




No comments:

Post a Comment