Saturday, 23 July 2022

KHASIAT BUNGA KUNYIT

 
Pokok kunyit yang matang akan menghasilkan bunga kunyit. Bunga kunyit tumbuh antara pelepah dan batang. Ia keluar seperti tandan yang keluar di antara pelepah dan batang.

Bunga kunyit biasanya berwarna putih atau kuning. Bunga kunyit berbentuk majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk.

Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu.

Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semula jadi luar dan dalam.

No comments:

Post a Comment