Monday, 18 July 2022

TAPAK LETAK KAWAH KETIKA MEMASAK

 
Tapak letak kawah ketika memasak mesti besar dan kuat. Lebih-lebih lagi jika hendak memasak sura kerana proses mengacau mengambil masa lama dan cara mengacau yang agak ‘kuat’ apabila hampir masak. Memasak menggunakan kawah juga digunakan semasa kenduri kendara.

Pada masa dulu, tempat letak kawah perlu dibuat di atas tanah. Lubang digali yang dikenali 'romo' atau 'rokmo', manaka di setengah tempat dipanggil 'tunggey' yang mana dibuat lubang untuk memasukkan kayu api sebagai bahan bakarnya.

Ada juga dibuat dua lubang yang dijadikan sebagai ruang untuk udara masuk untuk memarakkan nyalaan api. Lubang biasanya digali sedalam kira-kira dua kaki.

Sekarang tapak kawah kebanyakannya dibuat daripada besi yang kuat dan kukuh yang dapat menampung kawah yang besar dan penuh dengan sura. Ia boleh dipindah dengan mudah dan tahan lama.

Tambahan pula kebanyakan tempat mengacau sura atau kenduri kendara dibuat di kawasan keras seperti atas simen, tar dan padang yang mana tidak sesuai untuk digali.

Satu lagi sebab ialah, bahan api untuk memasak tidak lagi menggunakan kayu api, sebaliknya lebih mudah menggunakan gas memasak. Mudah mengawal kadar nyalaan api dan berterusan berbanding menggunakan kayu api.

No comments:

Post a Comment