Sejarah bangunan Tan Boon Chia yang terletak di Rasa,
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Bangunan bersejarah ini dibina pada tahun 1918 oleh seorang pengusaha pelombongan biji timah bernama Tan Boon Chia. Bangunan ini mempunyai 51 bilik.
Kawasan tersebut pada masa dahulu merupakan kawasan bandar yang
dikenali sebagai tapak perlombongan bijih timah yang menyumbang kepada kekayaan kepada penusaha atau taukeh lombong.
Rasa membawa maksud deria rasa dalam bahasa Melayu. Pada permulaan, orang Cina menyebut Rasa sebagai Lak Sa Po.
Rasa membawa maksud deria rasa dalam bahasa Melayu. Pada permulaan, orang Cina menyebut Rasa sebagai Lak Sa Po.
Papan nama
Kelab Kuan Lok, Rasa yang bersejarah masih memaparkan Lak Sa Po dalam bahasa
Cina pada hari ini. Mengikut sejarah, sebanyak 20 keluarga dari Hui Zhou telah
berhijrah ke Lak Sa Po.
Penemuan bijih timah pada akhir kurun ke-20
telah menarik banyak pendatang Cina untuk mencari nafkah hidup di Rasa. Pada
ketika itu, Rasa, Kuala Kubu Baru dan Serendah merupakan pusat penghasilan
bijih timah utama di daerah Hulu Selangor.
Taukeh lombong terkenal pada ketika
itu termasuk Tan Boon Chia, Loke Yew dan Cheah Eng Wah.
Di kalangan taukeh lombong, Tan Boon Chia merupakan taukeh lombong yang paling berpengaruh di Rasa. Pembinaan bangunan Tan Boon Chia pada tahun 1918 menjadi mercu tanda Rasa pada ketika itu.
Catatan Buku Sejarah An Xi
merekodkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1892. Beliau telah berhijrah ke
Tanah Melayu bersama bapanya pada umur yang masih kecil.
Menjelang Perang Dunia Kedua, kezaliman tentera Jepun selama 3 tahun dan 8 bulan telah menyebabkan segala aktiviti perniagaan di Rasa terhenti.
Bangunan
Tan Boon Chia telah dirampas dan dijadikan sebagai ibu pejabat tentera Jepun. Banyak orang Cina telah didera, dibunuh dan terus ditanam di belakang
bangunan.
Selepas perang tamat, bangunan tersebut telah dipulangkan kepada
keluarga Tan.

No comments:
Post a Comment