Tikus binatang perosak, selain pengotor
yang boleh menyebabkan penyakit. Jadi, tidak ada orang suka kepada tikus,
bahkan banyak orang takut kepada tikus.
Jika tikus masuk dan tinggal di dalam
rumah, memang mendatangkan banyak masalah. Banyak perkakas rumah, termasuk
pakaian dan buku-buku akan menjadi sasaran dirosakan oleh tikus.
Tikus akan meninggalkan najis yang
megotorkan kawasan rumah dan boleh menyebabkan penyakit. Cara tradisional untuk
menghalal tikus ialah dengan membela kucing. Kucing akan menangkap dan
memusnahkan tikus.
Selain itu, penggunaan perangkap tikus, gam
tikus dan racun tikus juga paling banyak digunakan.
Satu kaedah biologi yang boleh digunakan
untuk menghalau tikus masuk di dalam rumah atau menyebabkan tikus menghindarkan
kawasan tersebut ialah dengan meletakkan lada hitam dalam bentuk biji di tempat-tempat
tertentu di dalam rumah.
Tikus tidak suka kepada bau lada hitam.
Sebab itu tikus akan menjauhkan diri daripada lada hitam.
No comments:
Post a Comment