Usaha seru laku kebaikan
dan cegah amalan buruk dapat selamat masyarakat dijangkiti barah kehancuran
tamadun kemanusiaan. Usaha bersungguh-sunguh ikhlas hanya kerana Allah, mungkin
pencemaran kesejahteraan yang sedang kita alami akan akan dapat diselamatkan.
Setiap pemimpin perlu
melakukan tugas menyeru laku kebaikan dan cegah keburukan bukan untuk melakukan
tugas rasmi, tetapi tugas kerana patuh perintah Allah.
Demikian kita lihat ada
tangan yang merasmikan masjid, tangan yang sama juga meluluskan pusat-pusat
yang mencemarkan kemurnian iklim. Apa dilakukan atas tugas mengikut jawatan
yang disandang. Tiada keikhlasan dan kefahaman sebenar di sebalik apa
dilakukan.
Di samping, ramai pula
di kalangan masyarakat yang merasakan tidak menjadi kesalahan duduk dalam
majlis yang penuh dengan kemungkaran tanpa dia berusaha mencegahnya. Dia dapat
selesa dalam iklim yang sedemikian.
Lebih parah lagi jika
ada yang mampu duduk semeja tersenyum simpul ketika rakan-rakan yang lain
menghina Islam atau melakukan maksiat secara terang seperti meminum arak. Dia
tidak membela dan mempertahankan ajaran Allah dan Rasul-Nya, atau mencegah,
sebaliknya terus berkongsi kegembiraan bersama.
Firman Allah: "Dan
apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau
mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka
memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu
engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama
kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)."
(Surah al-An‘am, ayat 68).
Berkerjasama dengan
bukan Islam bukan bermakna boleh gelak ketawa bersama mereka dalam suasana yang
lebih sesuai untuk kehidupan mereka. Kalau mereka menghormati kita sebagai orang
Islam, majlis yang turut dihadiri pemimpin dan individu beragama Islam tidak
wajar dihidangkan arak dan makanan tidak halal.
Duduk bersama dalam
majlis yang mengandungi unsur kemaksiatan, bermakana kita reka dengan apa yang dilakukan.
Jika mereka tidak mampu
memenuhi peraturan itu, maka tidak wajar orang Islam menghadirinya. Carilah
masa sesuai untuk bersama dalam urusan yang memberi kebaikan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment