Iblis
mempunyai anak yang mempunyai kemahiran masing-masing untuk menyesatkan
keturunan manusia, melakukan kejahatan dan membenci kebaikan. Keturunan
tersebut berkembang biak dan menjalankan tugas masing-masing mengikut kepakaran
masing-masing.
Setiap
syaitan yang berjaya menyesatkan manusia mendapat pengiktirafan iblis. Iblis melantik kalangan syaitan yang berjaya
itu sebagai orang kanan.
Secara
mudahnya, dapatlah difahamkan organisasi syaitan juga ada pangkat dan kedudukan
berdasarkan kejayaan dicapai menghasut manusia.
Niat
jahat iblis dan syaitan dijelaskan kepada manusia sebagai peringatan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan
itu musuh bagimu. Maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya
mengajak golongan yang terpedaya agar sama-sama menjadi penghuni neraka.”
(Surah Fathir, ayat 6).
Biarpun
iblis begitu yakin dapat menyesatkan ramai manusia, dia tetap mengakui banyak
halangan bakal dilaluinya. Iblis mengakui hamba yang benar-benar beriman dan
ikhlas dalam setiap pekerjaan dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak akan
berjaya dipengaruhi olehnya.
Pengakuan
iblis itu dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Demi
kebesaran-Mu, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang
tetap setia dan ikhlas.” (Surah Shad, ayat 82 - 83).
Jelas
sekali biarpun syaitan mengaku dia lebih canggih, tetapi pada masa yang sama
mengakui kekuatan manusia yang beriman. Syaitan tidak sekali-kali akan berjaya
mempengaruhi orang beriman melakukan kejahatan atau dosa, melainkan ketika
kelalaian menjaga tembok keimanan.
Oleh
itu, sesiapa melakukan dosa, perlu segera bertaubat bagi memperkukuhkan kembali
tembok keimanan. Selain membersihkan dosa, taubat adalah tonik yang menguatkan
semua ketahanan keimanan.
Taubat
boleh dilakukan sepanjang masa.
Sebaik-baik taubat dilakukan selepas menyedari melakukan dosa. Pembersihan
diri daripada dosa dapat mendekatkan diri dengan Allah. Dengan cara tersebut
mengelak diri daripada mudah terpedaya dengan hasutan syaitan seterusnya.
Firaman-Nya
dalam surah az-Zumar ayat 53 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai
hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa.”
Demi
cita-cita menyesatkan manusia, syaitan akan menyusup dan menyelinap dalam semua
kehidupan manusia. Semua golongan tidak kira beriman atau tidak, kaya atau
miskin, cedik atau bodoh, kuat atau lemah, alim atau jahil dan tua atau muda
tidak terkecuali didampingi oleh syaitan.
Usaha
syaitan menyesatkan manusia lebih mudah dilakukan kerana kehadiran mereka di
sisi manusia tidak dapat dilihat dan dikesan.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari
semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Surah al-Araf, ayat 27).
Gambar: Sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment