Wednesday, 1 December 2021

PAKAIAN IKUT TEMA DAPAT SAMBUTAN

 
Satu fenomina sekarang ini ialah buat, tempah atau pakai baju yang sama atau hampir sama dari segi tema seperti warna, fabrik dan sebagainya untuk sesuatu majlis. Semua yang hadir nampak sama, seragam dan mudah dikenali.  

Setiap tahun atau majlis berbeza akan menggunakan tema yang berbeza. Ia dianggap penyatuan, kesamaan, kekitaan, kekeluargaan dan satu hati.

Antara majlis yang menggunakan konsep tersebut ialah sempena sambutan Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, majlis pertunangan, perkahwinan, cukur jambul dan pelbagai majlis lain. 

Pakaian tema juga ada yang tidak seragam, tetapi mengikut tema tertentu. Contohnya, tema pakaian orang kampung, pakaian dipakai pendekar, pakaian tradisional dan sebagainya.

Amalan ini mungkin terpangaruh dengan golongan berada dan ternama. Atau satu kebiasaan jika ada majlis perasmian atau program tertentu. Biasanya pihak penganjur menyediakan baju T dan topi kepada mereka yang turut serta.

Ada juga majlis yang ditetapkan oleh penganjur yang memerlukan tetamu hadir dengan bentuk pakaian dan warna yang sama. Itu sebahagian protokol berpakaian menghadiri majlis atau acara yang ditetapkan dan mesti dipatuhi. 

Sesiapa yang tidak mengikut protokol tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut. Atau jika berpakaian tidak berprotokol, maka akan dianggap sebagai tidak menghormati majlis. Biasanya protokol berpakaian melibatkan ketika majlis rasmi dan dihadiri oleh kenamaan negara.

Cara itu menampakkan kemeriahan. Ada keseragaman, kesamaan dan kebanggaan. Dalam situasi itu, protokol berpakaian memang patut diadakan dan dipatuhi setiap individu yang terlibat dengan majlis tersebut.  

Menyentuh mengenai keseragaman ini, tidak terkecuali melibatkan perkara-perkara sensitif seperti berkaitan agama, bangsa dan kepercayaan. 

Gambar hiasan. Sumber dari internet.

No comments:

Post a Comment