Sistem kunci token yang diamalkan dalam operasi
kereta api di Malaysia telah digunakan sejak perkhidmatan kereta api
diperkenalkan zaman penjajahan Inggeris lagi. Ia merupakan alat perhubungan
antara stesen-stesen kereta api dan juga berfungsi sebagai alat untuk kuasa
bertolak atau meneruskan perjalanan sesebuah kereta api yang akan memasuki ke
bahagian blok.
Ketua stesen kereta api bagi satu-satu perhentian kereta api akan memberi kunci token yang dimasukkan ke dalam beg kecil diperbuat daripada kulit kepada pemandu kereta api menunjukkan destinasi berikutnya untuk kereta api tersebut berhenti. Beg yang mengandungi kunci token itu mestilah diserahkan kepada ketua stesen berikutnya dan akan menerima kunci token lain menandakan stesen berikutnya.
Kunci token diibaratkan sebagai "nyawa" kereta api yang sedang beroperasi di mana ketua stesen hanya boleh mengeluarkan satu kunci token sahaja kepada pemandu kereta api pada satu-satu masa. Ini bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kereta api.
Sekiranya kunci token hilang, kereta api lain tidak dibenarkan melalui laluan tersebut dan pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan dan menghubungi pusat kawalan.
No comments:
Post a Comment