Friday, 13 June 2025

KEBAIKAN TEMPUR TANPA SENJATA

 
Tempur tanpa senjata (TTS) dalam bahasa Inggerisnya "unarmed combat" atau "hand to hand combat" adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang diguna pakai oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Jarak dekat bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.
 
Berbeza dengan seni mempertahankan diri konvensional, TTS lebih menekankan falsafah gerakan pendek, mudah, dan praktikal. Teknik ini diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri (combined martial arts) yang dilatih secara intensif untuk kegunaan praktikal dalam medan pertempuran.
 
Sejarah TTS dalam konteks ketenteraan dunia sudah bermula sejak zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi). Namun, teknik ini mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua, khususnya oleh pasukan komando mereka, terutamanya Special Air Service (SAS).
 
Di Malaysia, sejarah TTS bermula pada tahun 1963 apabila taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi dari kedutaan Republik Korea. Selain itu, Silat juga diterapkan dalam latihan TTS, tetapi hanya bermula pada awal 1970-an.
 
TTS dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berasaskan taekwondo dan digabungkan dengan seni silat, tong soo doo, karate-do, judo, aikido, dan Capoeira. Latihan intensif ini diberikan kepada anggota tentera untuk memastikan setiap mereka mempunyai kemahiran asas yang terlatih dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
 
Latihan TTS bukan sahaja mempersiapkan anggota dari segi fizikal, tetapi juga mental. Ia membentuk mereka menjadi lasak, berani, dan berkemahiran dalam seni mempertahankan diri.
 
Selain itu, ia juga menanamkan semangat keperwiraan dalam diri anggota, serta mengukuhkan nilai-nilai seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, kawalan diri, pantang menyerah, kesetiaan kepada negara, dan agama.
 
Latihan ini bukan sahaja penting untuk kemahiran tempur, tetapi juga untuk pembangunan karakter yang kukuh dan berdisiplin dalam kalangan anggota tentera. Dengan gabungan pelbagai seni mempertahankan diri, TTS membentuk satu sistem latihan yang komprehensif dan efektif untuk keperluan ketenteraan moden.
 
TTS menjadi pemangkin kepada pembentukan anggota tentera yang berdisiplin dan berpengetahuan. Mereka bukan sahaja belajar teknik-teknik pertempuran, tetapi juga nilai-nilai murni yang membentuk karakter seorang pejuang sejati.
 
Ia mampu menanamkan semangat keperwiraan dalam diri anggota, serta mengukuhkan nilai-nilai seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, kawalan diri, pantang menyerah, kesetiaan kepada negara, dan agama.
 
Anggota yang mengikuti kursus TTS dapat menggunakan segala ilmu dipelajari ke arah kebaikan dan berharap agar ia dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan satu generasi tentera berpengetahuan luas serta mempunyai tahap ketahanan diri tinggi sesuai dengan tugas diamanahkan iaitu sebagai benteng pertahanan negara.

No comments:

Post a Comment