Friday, 22 May 2026

MEMANCING DI MUARA SUNGAI PENGKALAN DATU

 
Muara Sungai Pengkalan Datu menjadi lokasi memancing pilihan warga Bachok dan Kota Bharu. Di sebelah Bachok dikenali Pantai Senok, manakala di bahagian Kota Bharu dipanggil Pantai Nusuk. Muara Sungai Pengkalan Datu memisahkan jajahan Bachok dengan jajahan Kota Bharu.

Kebanyakan pemancing lebih gemar berada di tebing di Pantai Senok. Mereka berada di atas batu-batu yang menjadi penghalang hakisan tebing. Ada pokok yang menjadikan tempat berteduh daripada pancaran sinar matahari.

Memancing di muara ada kelebihan sama ada ingin menghadap Laut China Selatan, atau berada di tebing sungai.

Dengan kata lain, boleh memancing dengan kaedah surfcasting (memancing pantai) dan lokasi berhampiran muara sungai. Kawasan ini sering menjadi tumpuan untuk mendaratkan pelbagai spesies ikan marin

Antara hasil tangkapan yang sering dinaikkan oleh pemancing di kawasan ini termasuklah ikan gelama, ikan duri, ikan senangin, ikan tanda dan ikan talang.

Waktu air pasang dan awal pagi atau lewat petang adalah tempoh terbaik untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

 


No comments:

Post a Comment