Sementara meniru gaya orang lelaki
pula adalah dari segi pakaian
seperti memakai pakaian seperti lelaki, dari segi perwatakan seperti
pergerakan yang kasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala, dan seumpamanya
yang menjadi kebiasaan orang lelaki.
Sehubungan dengan itu,
perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya
adalah seperti berikut:
- Mengubah bentuk fizikal termasuk
menukar jantina,
- Gaya berjalan dan gerak badan.
- Percakapan dan suara.
- Perhiasan.
- Pakaian
Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau
sebaliknya adalah haram bahkan
berdosa besar berdasarkan terdapatnya dalil yang melaknat orang yang
melakukannya.
Perbuatan ini juga merupakan antara
kemungkaran yang telah merebak dengan meluas di kalangan umat Islam.
Hukum lelaki menyerupai perempuan
atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan pengambilan hormon atau
membuat pertukaran jantina adalah haram.
Ianya termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah.
Hal ini berdasarkan hadis yang
bermaksud: "Daripada Abdullah bin
Masud katanya, “Allah melaknat perempuan yang membuat tatu, yang diminta
membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk
kecantikan yang mengubah ciptaan
Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dilaknat oleh
Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Quran Allah menyatakan firman-Nya yang
bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada
kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu
melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.”
Hikmah pengharaman mengubah-ngubah
ciptaan Allah adalah kerana terdapatnya pemalsuan, penipuan dan menimbulkan
sangkaan yang tidak benar seperti menganggap ciptaan Allah tidak sempurna.
Perbuatan berlagak lelaki atau
perempuan haram berdasarkan hadis yang bermaksud: "Daripada Ibnu Abbas, katanya, “Rasulullah SAW
melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang
meniru-meniru gaya lelaki.”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As telah melihat Ummu Said binti Abu Jahal
berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu
Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan
meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan."
Laknat dalam hadis di atas
merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa
kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath
al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat bermakna tidak harus iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad
bin Abi Hamzah berkata: Laknat itu
menunjukkan bahawa perbuatan
tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
Hikmah pengharaman ini, sebagaimana
yang dinyatakan dalam kitab Fath al-Bari, adalah kerana larangan
mengubah-ngubah ciptaan Allah sebagaimana hadis di atas.
Selain itu, ianya diharam bagi
mengelakkan perbuatan homoseksual dan lesbian sebagaimana yang berlaku kepada
kaum Nabi Lut. Hal disebutkan dalam surah al-Naml ayat 54 dan 55 yang
bermaksud: "Dan Nabi Lut juga
(Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala ia berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu
syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil
(yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
Bagi lelaki menyerupai perempuan
dari segi ibadah, mualamah, munakahat sehinggalah kepada urusan jenazah adalah
kekal sebagaimana hukum ke atas seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.
No comments:
Post a Comment