Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah
menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada
syarikat yang sebelum ini memenangi tender sewaan berkenaan.
Tindakan itu selepas syarikat terbabit
gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan hingga
akhir Oktober 2024.
MINDEF sebelum ini dilaporkan akan menilai
secara menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk
sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa
tambahan kepada pembekal.
Pada Mei tahun 2023, MINDEF memeterai
kontrak sewaan empat helikopter berkenaan dengan syarikat tempatan Aerotree
Defence and Services selama lima tahun bernilai RM187 juta. Perjanjian dibuat
ketika Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23)
Di bawah perjanjian bernilai RM187 juta
itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November tahun 2023, tetapi
tarikh akhir itu ditunda ke April 2024.
Keempat-empat helikopter itu sepatutnya akan berfungsi sebagai pletfom kepada Tim Nukleus Pasukan Udara
Tentera Darat (PUTD) sebagai latihan dan tugasan penerbangan operasi.
Helikopter UH-60 Black Hawk itu bukanlah
asing kepada rantau Asia Tenggara mahupun Malaysia kerana Angkatan Tentera
Malaysia turut menggunakannya untuk pengangkutan orang-orang kenamaan.
Sementara itu di Thailand dan Filipina,
helikopter Black Hawk memainkan peranan penting dalam operasi tentera darat
negara itu.
Helikopter UH-60A Black Hawk berkemampuan
untuk membawa 11 hingga 20 orang anggota tentera lengkap bersenjata serta seorang
juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang krew.
Model ‘A’ bagi helikopter Black Hawk itu
berfungsi sebagai utiliti, serangan (air assault), medevac, command and control
dan pemantauan.
Helikopter UH-60A Black Hawk dilengkapi
dengan dua enjin General Electric T700-GE-701 turboshaft dan dengan tangki
minyak boleh menampung 450 gelen membolehkan ia terbang sejauh 1,200 batu
nautika.
Helikopter terbabit juga boleh dilengkapi
dengan apa yang dipanggil sebagai “External Stores Support System” (ESSS) yang
seakan-akan seperti “sayapnya.”
Dengan ESSS, helikopter UH-60A Black Hawk
itu boleh membawa sehingga 16 buah peluru berpandu “Hellfire” dan membawa 16
buah peluru berpandu itu di dalam pesawat itu, sekaligus membolehkan ia ESSS
itu diisi semula dengan Hellfire ketika ditengah-tengah misi.
Selain peluru berpandu dipasang di
peralatan ESSS, helikopter itu juga boleh dilengkapkan dengan mesingan.
No comments:
Post a Comment