Thursday, 24 October 2024

TEROWONG MENORA DAN TEROWONG MERU

 
Banyak orang mengetahui mengenai Terowong Menora. Ia menjadi terowong yang cukup terkenal di kalangan pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar. Tetapi, jika disebut Terowong Meru, banyak orang tidak mengetahui mengenainya biarpun selalu melalui terowong tersebut. Tentu sekali jika disebut “meru”, maka akan tergambar nama Meru, Kelang.
 
Sebenarnya, Terowong Meru adalah terowong yang terletak bersebelahan dengan Terowong Menora. Ia adalah laluan dari Kuala Kangsar ke Ipoh. Namun, kebanyakan orang menyangka kedua-dua terowong itu dikenali dengan nama Terowong Menora sehingga seperti tidak wujud Terowong Meru.
 
Dengan kata lain, kes kemalangan yang sering berlaku di kawasan tersebut sebenarnya pengguna Terowong Meru, iaitu selepas keluar terowong akan melalui jalan curam yang sering menyebabkan sistem brek kenderaan tidak berfungsi dengan baik, terutama kenderaan berat. Namun, dalam laporan media, yang sering disebut ialah kemalangan berlaku di Terowong Menora.
 
Uniknya walaupun bersebelahan, kedua-dua terowong ini tidak sama panjang
Terowong Meru panjangnya kira-kira 880 meter, manakala Terowong Menora sepanjang 830 meter.
 
Asalnya, terowong yang menembusi Banjaran Keledang ini merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Ipoh - Changkat Jering sepanjang 55 kilogram. Kemudian apabila projek Lebuhraya Utara Selatan dibina, ia menjadi sebahagian lebuh raya terpanjang di Semenanjung itu.
 
Mula dibuka pada 31 Ogos 1986, terowong ini telah menjadi salah satu keajaiban kejuruteraan Asia pada ketika ia siap dibina.   



No comments:

Post a Comment