Sunday, 1 December 2024

PROGRAM KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL DI PPS

 
Bantuan kepada mangsa bencana bukan sekadar melibatkan keselamatan dan memenuhi keperluan fizikal semata-mata seperti tempat berlindung dan makanan. Bahkan, turut diperlukan ialah sokongan kesihatan mental dan psikososial.

Hakikat inilah turut diberikan oleh sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan dalam menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) yang terpilih dengan mengadakan Program Promosi Kebersihan (HP) & Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS).

Bencana banjir mungkin telah dihadapi berulang kali oleh orang dewasa kerana banjir berlaku saban tahun di Kelantan. Namun, di kalangan kanak-kanak, mungkin ini perkara pertama dialami. Suasana tinggal di PPS yang serba kekurangan dan suasana yang jauh berbeza berbanding dengan apa yang dilalui di rumah, boleh mencetuskan tekanan perasaan dan tingkah laku yang tidak sihat.

Kehadiran sukarelawan BSMM berfungsi untuk menceriakan keadaan dan mengadakan aktiviti yang dapat kebosanan berada di PPS di kalangan kanak-kanak. Suasana membosankan dan “menakutkan” dapat dikukar kepada keceriaan dan kegembiraan seadanya.

Sebenarnya, kehadiran sukarelawan BSMM bukan sahaja untuk membantu golongan kanak-kanak, tetapi juga di kalangan orang dewasa yang menghadapi masalah yang berkaitan. Ini amat penting untuk membantu di kalangan mereka yang menghadapi masalah psikologi dan kesihatan yang memerlu perhatian khusus di PPS.





No comments:

Post a Comment