Saturday, 25 September 2021

ISLAM MEMULIAKAN KEDUDUKAN WANITA

 
Islam tidak diskriminasi terhadap wanita. Islam meletakkan wanita pada kedudukan terbaik, termasuk dalam soal kepimpinan. Jangan fikir wanita begitu lemah dan daif.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah at-Taubah, ayat 71).

Wanita pada zaman Rasulullah SAW ada wanita yang turut sama ke medan peperangan. Mereka ditugaskan melakukan tugas di bahagian belakang sesuai dengan keupayaan.

Namun, mereka juga bersedia berjihad menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengambil alih tugas di bahagian hadapan.

Sesiapa sanggup berada di medan peperangan berani berdepan kemungkinan terkoban atau menjadi tawanan perang. Musuh tidak memilih siapa yang akan menjadi mangsanya.

Rabiah berkata: “Kami ikut serta dalam peperangan bersama Nabi Muhammad, kami memberi minum kepada satu kaum dan kami berkhidmat kepada mereka dan kami membawa para pesakit dan orang terkorban ke Madinah.” (Riwayat Bukhari).

Kaedah penggunaan wanita ini turut dilakukan dalam pengintipan peperangan moden. Wanita menjalankan tugas yang lebih besar berbanding lelaki, yang mana maklumat yang dibekalkan wanita mungkin menyelamatkan negara daripada ancaman musuh.

Kini semakin ramai wanita menyertai profesion yang dahulunya hanya dimonopoli kaum lelaki seperti sebagai tentera, polis, bomba, juruterbang, pemandu kenderaan awam, jurutera, buruh binaan dan usahawan berjaya.

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara tidak lagi sekadar ‘nasi tambah’.

Namun, pada masa yang sama, kita terpaksa mengakui, masih ada wanita dieksplotasi oleh lelaki. Wanita menjadi mangsa kepada sikap angkuh dan nafsu buas lelaki. Perkara ini perlu dihentikan segera.

No comments:

Post a Comment