Individu yang berjaya selalu berfikiran
positif. Walau ada banyak perkara negatif yang berlaku dalam hidup mereka,
mereka akan terus bersangka baik dan menerima halangan sebagai cabaran. Apa
sahaja kata tidak baik orang kepada mereka akan dijadikan sebagai pembakar
semangat. Pengalaman silam dijadikan sebagai panduan yang mematangkan.
Individu yang positif tidak akan mudah
berkecil hati tetapi sentiasa berlapang dada, mencari jalan terbaik untuk
meneruskan langkah, tanpa pernah menyalahkan orang lain.
Individu yang positif dan berjaya bukan
sahaja tidak meletakkan bahagia dalam genggaman orang lain malah tidak
meletakkan kesalahan terhadap orang lain juga biarpun sesuatu berlaku tidak
seperti yang diharap atau dirancang.
Individu yang positif akan
"melepaskan" dan memaafkan dengan sangat mudah. Tenang, berani serta
bijak untuk membuat keputusan yang matang. Kekal yakin dan banyak berserah
kepada Allah.
Individu yang berjaya dan positif akan
memilih untuk berkawan dengan orang yang mempunyai pemikiran yang untuk berjaya
juga. Ataupun yang sudah berjaya. Selalu bercerita tentang kejayaan, perkara
positif serta hal-hal yang baik. Tidak berbincang tentang masalah, halangan apa
lagi tentang keburukan orang lain.
Individu yang positif dan berjaya pasti
mempunyai habit yang luar biasa. Sentiasa menyibukkan diri dengan banyak
perkara yang bermanfaat. Punya impian dan bertindak selaras mengikut
cita-citanya. Menepati janji. Tidak berubah-ubah fikiran.
No comments:
Post a Comment