Thursday, 30 December 2021

KHASIAT SACHA INCHI ATASI MASALAH KESIHATAN

 
Pokok sacha inchi kaya khasiat. Ia telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia.

Kini produk daripada sancha inci ini telah dikomersilkan sebagai pemakanan tambahan yang amat memberi kebaikan kepada kesihatan. 

Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Antara kandungan yang terdapat dalam scha inchi adalah omega-3 (48%), omega-6 (35%) dan omega-9 (9%) serta vitamin A dan vitamin E.

Gabungan ketiga-tiga lemak asid itu dapat mengurangkan paras kolestrol jahad dan juga meningkatkan kolestrol baik. Sacha inchi dikenali sebagai makanan terbaik omega.

Secara amnya, omega banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser.

Omega-3 dalam sacha inchi lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis sayuran lain.

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.

Kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sakit-sakit sendi adalah masalah yang lazim dihadapi kebanyakan warga Malaysia yang berumur lebih 35 tahun.

Begitu juga dengan masalah daya ingatan yang lemah, mudah lupa, penglihatan yang kabur, masalah berat badan berlebihan dan hilang keremajaan dari segi kecantikan kulit, rambut dan kuku kerap berlaku.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengurangan peratusan jumlah omega lengkap dalam tubuh. Justeru, pengambilan omega perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah berkaitan dan menjadikan badan lebih sihat serta minda lebih cerdas.

Sebab itu, amat penting kita mengamalkan pengambilan sumber makanan yang kaya dengan sumber omega.




Wednesday, 8 December 2021

AURA POSITIF MAMPU MENARIK KUASA KEKUATAN

 
Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

Aura yang positif akan mempengaruhi persekitaran dan mampu menarik energi positif manakala aura negatif akan menarik energi negatif.

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat.

Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. 

Di bahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. 

Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. 

Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. 

Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagaan, pemasaran dan lain-lain.

Wednesday, 1 December 2021

PAKAIAN IKUT TEMA DAPAT SAMBUTAN

 
Satu fenomina sekarang ini ialah buat, tempah atau pakai baju yang sama atau hampir sama dari segi tema seperti warna, fabrik dan sebagainya untuk sesuatu majlis. Semua yang hadir nampak sama, seragam dan mudah dikenali.  

Setiap tahun atau majlis berbeza akan menggunakan tema yang berbeza. Ia dianggap penyatuan, kesamaan, kekitaan, kekeluargaan dan satu hati.

Antara majlis yang menggunakan konsep tersebut ialah sempena sambutan Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, majlis pertunangan, perkahwinan, cukur jambul dan pelbagai majlis lain. 

Pakaian tema juga ada yang tidak seragam, tetapi mengikut tema tertentu. Contohnya, tema pakaian orang kampung, pakaian dipakai pendekar, pakaian tradisional dan sebagainya.

Amalan ini mungkin terpangaruh dengan golongan berada dan ternama. Atau satu kebiasaan jika ada majlis perasmian atau program tertentu. Biasanya pihak penganjur menyediakan baju T dan topi kepada mereka yang turut serta.

Ada juga majlis yang ditetapkan oleh penganjur yang memerlukan tetamu hadir dengan bentuk pakaian dan warna yang sama. Itu sebahagian protokol berpakaian menghadiri majlis atau acara yang ditetapkan dan mesti dipatuhi. 

Sesiapa yang tidak mengikut protokol tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut. Atau jika berpakaian tidak berprotokol, maka akan dianggap sebagai tidak menghormati majlis. Biasanya protokol berpakaian melibatkan ketika majlis rasmi dan dihadiri oleh kenamaan negara.

Cara itu menampakkan kemeriahan. Ada keseragaman, kesamaan dan kebanggaan. Dalam situasi itu, protokol berpakaian memang patut diadakan dan dipatuhi setiap individu yang terlibat dengan majlis tersebut.  

Menyentuh mengenai keseragaman ini, tidak terkecuali melibatkan perkara-perkara sensitif seperti berkaitan agama, bangsa dan kepercayaan. 

Gambar hiasan. Sumber dari internet.

Saturday, 27 November 2021

ANAK IBLIS MAHIR SESATKAN MANUSIA

Iblis mempunyai anak yang mempunyai kemahiran masing-masing untuk menyesatkan keturunan manusia, melakukan kejahatan dan membenci kebaikan. Keturunan tersebut berkembang biak dan menjalankan tugas masing-masing mengikut kepakaran masing-masing.

Setiap syaitan yang berjaya menyesatkan manusia mendapat pengiktirafan iblis.  Iblis melantik kalangan syaitan yang berjaya itu sebagai orang kanan. 

Secara mudahnya, dapatlah difahamkan organisasi syaitan juga ada pangkat dan kedudukan berdasarkan kejayaan dicapai menghasut manusia.

Niat jahat iblis dan syaitan dijelaskan kepada manusia sebagai peringatan.  Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu. Maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang terpedaya agar sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6).

Biarpun iblis begitu yakin dapat menyesatkan ramai manusia, dia tetap mengakui banyak halangan bakal dilaluinya. Iblis mengakui hamba yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam setiap pekerjaan dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak akan berjaya dipengaruhi olehnya.

Pengakuan iblis itu dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang tetap setia dan ikhlas.” (Surah Shad, ayat 82 - 83).

Jelas sekali biarpun syaitan mengaku dia lebih canggih, tetapi pada masa yang sama mengakui kekuatan manusia yang beriman. Syaitan tidak sekali-kali akan berjaya mempengaruhi orang beriman melakukan kejahatan atau dosa, melainkan ketika kelalaian menjaga tembok keimanan. 

Oleh itu, sesiapa melakukan dosa, perlu segera bertaubat bagi memperkukuhkan kembali tembok keimanan. Selain membersihkan dosa, taubat adalah tonik yang menguatkan semua ketahanan keimanan.   

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa.  Sebaik-baik taubat dilakukan selepas menyedari melakukan dosa. Pembersihan diri daripada dosa dapat mendekatkan diri dengan Allah. Dengan cara tersebut mengelak diri daripada mudah terpedaya dengan hasutan syaitan seterusnya.

Firaman-Nya dalam surah az-Zumar ayat 53 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa.”

Demi cita-cita menyesatkan manusia, syaitan akan menyusup dan menyelinap dalam semua kehidupan manusia. Semua golongan tidak kira beriman atau tidak, kaya atau miskin, cedik atau bodoh, kuat atau lemah, alim atau jahil dan tua atau muda tidak terkecuali didampingi oleh syaitan.

Usaha syaitan menyesatkan manusia lebih mudah dilakukan kerana kehadiran mereka di sisi manusia tidak dapat dilihat dan dikesan. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Surah al-Araf, ayat 27). 

Gambar: Sekadar hiasan

Friday, 19 November 2021

BERAPA LAMA VIRUS COVID-19 BERTAHAN

Virus COVID-19 dapat hidup atau bertahan aktif biarpun berada di luar badan manusia. Sebab itu, kita mampu dijangkiti virus biarpun tanpa bertemu atau berhubung dengan mereka yang dijangkiti COVID-19.

Virus yang keluar melalui titisan air liur atau dari bahagian hidung mampu bertahan di atas permukaan ia melakat atau jatuh.

Penelitian telah menunjukkan bahwa virus COVID-19 dapat bertahan hingga 72 jam pada plastik dan stainless steel, kurang dari 4 jam pada tembaga, dan kurang dari 24 jam pada kotak atau kertas.

Untuk menghapuskan virus COVID-19 yang berada di permukaan ialah dengan melakukan nyahkuman atau sanitasi.

Aktiviti sanitasi dapat dilakukan menggunakan cecair khas sanitasi atau bahan pembersih yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti sabun mandi dan penyembur pencuci.

Pastikan selalu menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih mengalir, atau cairan antiseptik.

Monday, 8 November 2021

HERBA TAPAK ANGIN

 
Jika membeli minyak angin yang diusahakan secara tradisional, akan ada di dalam botol seperti akar. Bahkan ada produk yang menggunakan nama herba tesebut yang bermaksud kandungan utama adalah harga berkenaan yang banyak khasiat.

Herba yang dimaksudkan ialah tapak angin atau juga dikenali rumput angin.

Rumput angin juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti rumput tuju angin, akar suasa, akar simpul angin, tahi angin dan dan akar angin baik untuk membuang angin dari badan.

Herba rumput angin ini biasanya menjadi ramuan dalam minyak urut atau minyak panas. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, urat tersimpul, kembung, kebas, sakit badan, strok dan lain-lain.

Rumput angin juga digunakan dalam penghasilan jamu. Ia juga dimasukkan di dalam rempah ratus untuk masakan.

Ada yang memasukkan akar suasa ini di dalam masakan sup untuk menaikkan aroma bau, selain untuk mendapat khasiatnya.

Selain berkesan membuang angin, rumput yang juga dikenali akar suasa ini berkesan untuk melawan jangkitan kuman, mengatasi masalah tersekat saluran kencing dan mengecutkan bisul.

Untuk mengenali akar ini ialah baunya seperti yang kita biasa bau minyak angin.

Saturday, 30 October 2021

HIKING PULAU DELTA SUNGAI KELANTAN

Hiking atau kembara berjalan kita tidak hanya apabila melibatkan kawasan hutan dan berbukit sahaja. Sesuai dengan namanya kembara berjalan kaki, apa-apa sahaja aktiviti melalui kawasan bukan laluan khas disediakan untuk beriadah, maka ia adalah hiking.

Salah satu tempat yang menarik untuk dilakukan aktiviti hiking ialah di kawasan kepulauan di kawasan delta muara Sungai Kelantan.

Di kawasan delta Sungai Kelantan di kawasan jajahan Tumpat terdapat 33 buah pulau, namun hanya 13 pulau yang didiami atau ada penduduk tinggal di pulau berkenaan.

Antara nama pulau yang terdapat di delta muara Sungai Kelantan di bahagian jajahan Tumpat ialah Pulau Seratus, Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Pantai Suri, Pulau Cendol, Pulau Tongkang, Pulau Pantai Baru dan Pulau Haji Nik Mat.

Pulau Renjuna adalah penempatan utama. Antara pulau-pulau ini dihubungi dengan jambatan, Jadi, aktiviti hiking boleh dilakukan dengan mudah.

Apa yang penting, pengunjung perlu menggunakan bot untuk sampai ke mana-mana pulau berkenaan. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat bot penumpang sama ada di Jeti Kuala Besar yang terletak di jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat.

Dari jeti berkenaan, pengunjung boleh berhenti di mana-mana jeti yang terdapat di pulau-pulau berkenaan. Dari situ, boleh mula hiking keliling pulau melalui laluan yang digunakan oleh penduduk kampung.

Pengunjung berpeluang melihat dan merasai suasana kampung yang damai dan indah.  

Suasana di pulau-pulau delta muara Sungai Kelantan damai dengan suasana kampung tanpa kenderaan, kecuali kedengaran enjin bot dan motosikal. 

Hubungan sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. 

Pengunjung tidak perlu berpatah balik ke jeti tempat mula hiking, sebaliknya untuk pulang ke dataran besar boleh menggunakan khidmat bot di mana-mana jeti yang ada.

Jarak hiking juga anda boleh tuntukan sendiri hendak jauh atau dekat. Kalau hendak hiking pusing-pusing pulau, rasanya jaraknya tidak kurang dari 10 kilometer keseluruhan.

Kalau sekadar hendak hiking dekat, bolehlah turun di Jeti Pulau Renjuna dan kemudian berjalan menuju ke Jeti Pulau Beluru. Jaraknya lebih kurang satu  kilometer sahaja.

Jeti Kok Majid.

Bot penumpang yang boleh memuatkan 10 orang.

Jeti Pulau Seratus

Singgah berbual bertanya khabar dengan penduduk


Friday, 22 October 2021

CIRI BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Sejarah baju kurung dikatakan bermula di negeri Johor yang dikenali baju kurung teluk belanga. Baju kurung teluk belanga dipakai sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar, iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.

Baju kurung teluk belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat dengan jahitan ‘insang pari’.

Baju kurung teluk belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak.

Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. 

Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Friday, 15 October 2021

KALAU HENDAK TAHU DALAMNYA LUBUK

 
Sikap manusia ingin tahu mengenai sesuatu. Kalau nak tahu, kita kena tanya atau mempelajarinya daripada mereka yang arif dalam bidang tersebut. Kalau belajar bukan daripada ahlinya, pasti kesesatan yang diperoleh. Fahamkan maksud bidalan ini:

Kalau nak tahu panjang dan berlikunya sungai,
tanyalah pada seluang.

Nak tahu dalamnya lubuk,
tanya pada memerang.

Nak tahu lebarnya padang,
tanya pada belalang.

Nak tahu tebalnya hutan,
tanya pada pak belang.

Nak tahu eloknya orang,
tanya pada lawannya.

Nak tahu buruknya orang,
tanya pada kawannya.

Nak tahu gelapnya kubur,
tanya pada keimanan.

Ingatlah, bertanya dan berguru itu pelita hati. Kalau malu bertanya sesat jalan. Malu berkayuh perahu hanyut. 

Jadi, kalau tidak tahu, bertanyalah. 

Gambar: Salah satu pulau di delta Sungai Kelantan. 

Monday, 11 October 2021

FARM FRESH JENAMA SUSU TERKENAL MALAYSIA

 
Banyak mungkin tidak tahu bahawa susu jenama "Farm Fresh" sebelumnya milik 100% Malaysia.

Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada bulan Mei 2010 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menerajui industri tenusu kita.

Masa itu, mereka masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.

Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.

Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN dahulu untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import.

Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan bagi mencapai matlamat Transformasi Negara.

Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.

Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.

Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.

Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" dengan sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 36% dari pasaran susu segar tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya menguasai pasaran tempatan.

Akhirnya projek ini berjaya, matlamat transformasi untuk kurangkan kebergantungan pada makanan import serta menguatkan keselamatan makanan negara tercapai.

Khazanah untung berlipat ganda dengan pelaburannya, berpuluh ribu peluang pekerjaan, penternakan serta perniagaan tempatan diwujudkan dan masa depan syarikat Farm Fresh lebih terjamin dengan penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada nilai RM2 bilion.

Sumber FB Najib Razak 

Friday, 8 October 2021

BENTENG PEMECAH OMBAK TELOK PUYOH PULA TUBA

 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan pembinaan Benteng Pemecah Ombak di Telok Puyoh, Pulau Tuba, Langkawi.

Projek dibiayai oleh Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) selepas mendapati ada keperluan untuk membina pemecah ombak (wavebreaker) sepanjang 500 meter bagi melindungi jeti nelayan Kg Telok Puyoh serta kawasan tambatan bot nelayan di situ.

Turut dibina bersama ialah kerja menaik taraf Jeti Nelayan Telok Puyoh untuk memberi manfaat kepada lebih 80 buah bot nelayan di situ.

Jeti Nelayan dan Benteng Pemecah Ombak Teluk Puyoh dijangka akan menjadi kawasan tarikan pelancong di masa hadapan.

Tuesday, 5 October 2021

KEBAIKAN BELAJAR DI SEKOLAH ASRAMA PENUH

 
Banyak pelajar bercita-cita ingin belajar di asrama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa pasti berbangga jika anak mereka belajar di sekolah asrama penuh.

Minat belajar di asrama penuh timbul dari reputasi pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam yang diadakan seperti PT3 dan SPM. 

Selain itu, belajar di asrama penuh mampu mendidik pelajar berdikari. Pelajar tinggal di asrama perlu mengurus sendiri keperluan harian seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh kasut dan sebagainya.

Mereka tidak boleh mengharapkan ibu bapa atau rakan-rakan lain membantu. Masing-masing perlu melakukan sendiri.

Membina keyakinan diri adalah antara sifat pelajar asrama penuh. Mereka perlu yakin untuk hidup tanpa ibu bapa di sisi. Individu terdekat sepanjang tinggal di asrama hanyalah rakan-rakan dan guru. 

Satu lagi kelebihan belajar di asrama penuh ialah pelajar berpeluang mengikuti kokurikulum teratur. Ini memandangkan mereka tinggal di asrama.

Mudah pihak sekolah menguruskan aktiviti mengikut masa yang sesuai. Pelajar juga mempunyai masa lebih kerana tidak terganggu dengan masa pergi dan balik sekolah setiap hari seperti pelajar sekolah harian.  

Memandangkan pelajar tinggal di asrama, mereka sering bersaing sesama mereka semasa belajar. Semangat belajar timbul apabila lihat rakan-rakan yang lain tekun belajar.

Jadi, mereka akan berasa ‘bersalah’ jika tidak belajar. Tambahan lagi, jika dalam peperiksaan dirinya ketinggalan berbanding rakan lain.

Pihak sekolah asrama penuh memberi perhatian lebih kepada pelajarnya. Ini bagi memastikan pelajar yang telah terpilih dari seluruh negara tidak mempersia-siakan kemampuan yang sememangnya lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain. Mereka pelajar terpilih. 

Selain itu, pihak pengurusan perlu mempertahankan reputasi sekolah berasrama penuh. Tentu, mereka tidak mahu dikalahkan oleh sekolah harian biasa dalam melahirkan pelajar cemerlang.

Satu lagi kelebihan sekolah asrama penuh ialah semua kemudahan pembelajaran disediakan oleh pihak sekolah.

Kemudahan ini memberi banyak kelebihan, terutama kepada pelajar miskin. Kemudahan itu tidak mampu disediakan oleh keluarga jika tinggal di rumah.

Gambar: Pantai Nusuk Kampung Tanjung Kuala Sabak. Sekadar gambar hiasan. 

Thursday, 30 September 2021

PENGUSAHA KEROPOK KEPING DI KELANTAN

Bahan utama membuat keropok keping ialah ikan. Biasanya ikan tamban beluru dan ikan selayang digunakan untuk membuat keropok keping.

Memandangkan ikan menjadi bahan utama membuat keropok, maka perusahan tersebut bertapak di kawasan tepi pantai atau tempat pendaratan ikan.

Salah satu lokasi membuat keropok terkenal di Kelantan ialah di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa. Tempat lain ialah di Kampung Pantai Genting dan Kampung Besut di Tumpat. Di Kampung Buloh juga terdapat pengusaha keropok keping yang terkenal.

Selain itu, terdapat juga pengusaha keropok di Kampung Pacakan dan Semerak di Pasir Putih. Peduduk di sekitar persisir pantai di Bachok juga ada membuat keropok.

Keropok dihasilkan di Kelantan bukan sahaja dipasarkan untuk penduduk tempatan, tetapi juga dijual seluruh negara dan ada juga diekspor ke luar negara.

Saturday, 25 September 2021

ISLAM MEMULIAKAN KEDUDUKAN WANITA

 
Islam tidak diskriminasi terhadap wanita. Islam meletakkan wanita pada kedudukan terbaik, termasuk dalam soal kepimpinan. Jangan fikir wanita begitu lemah dan daif.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah at-Taubah, ayat 71).

Wanita pada zaman Rasulullah SAW ada wanita yang turut sama ke medan peperangan. Mereka ditugaskan melakukan tugas di bahagian belakang sesuai dengan keupayaan.

Namun, mereka juga bersedia berjihad menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengambil alih tugas di bahagian hadapan.

Sesiapa sanggup berada di medan peperangan berani berdepan kemungkinan terkoban atau menjadi tawanan perang. Musuh tidak memilih siapa yang akan menjadi mangsanya.

Rabiah berkata: “Kami ikut serta dalam peperangan bersama Nabi Muhammad, kami memberi minum kepada satu kaum dan kami berkhidmat kepada mereka dan kami membawa para pesakit dan orang terkorban ke Madinah.” (Riwayat Bukhari).

Kaedah penggunaan wanita ini turut dilakukan dalam pengintipan peperangan moden. Wanita menjalankan tugas yang lebih besar berbanding lelaki, yang mana maklumat yang dibekalkan wanita mungkin menyelamatkan negara daripada ancaman musuh.

Kini semakin ramai wanita menyertai profesion yang dahulunya hanya dimonopoli kaum lelaki seperti sebagai tentera, polis, bomba, juruterbang, pemandu kenderaan awam, jurutera, buruh binaan dan usahawan berjaya.

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara tidak lagi sekadar ‘nasi tambah’.

Namun, pada masa yang sama, kita terpaksa mengakui, masih ada wanita dieksplotasi oleh lelaki. Wanita menjadi mangsa kepada sikap angkuh dan nafsu buas lelaki. Perkara ini perlu dihentikan segera.

Monday, 13 September 2021

KEGAGALAN HARI INI DITANGGUNG GENERASI AKAN DATANG

Bangsa Melayu perlu bersatu padu mempertahankan hak seperti mana peruntukan Perlembagaan. Pun begitu, jangan sekali-kali bersifat perkauman. Hak bangsa lain juga perlu dihormati.

Dalam mempertahankan hak, jangan sekali-kali mengundang kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal negara kita semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Tiga perkara ini amat penting untuk menjaga kestabilan politik, keharmonian hidup bermasyarakat dan menjaga kedaulatan negara kita.

Jika salah satunya dilanggar, akibat buruknya akan diltanggung oleh generasi anak-cucu kita kelak.

Hari ini kita boleh sembang megah dengan teori-teori politik dan ekonomi, tetapi andai teori-teori kita melanggar tiga faktor utama tersebut, anak cucu kita kelak akan mencemuh generasi kita hari ini.

Bangsa Melayu majoriti dalam kalangan penduduk negara kita adalah merupakan tonggak kepada kestabilan negara. Maka dengan kukuhnya kesatuan umat majoriti ini akan menjadikan kestabilan politik dan sosial negara kita.

Sangat jarang negara yang diperintah oleh minoriti menjadi stabil. Sama ada pihak majoriti akan bangkit melawan, atau minoriti yang memerintah akan bias kepada puak mereka sahaja.

Keharmonian hidup pelbagai kaum juga adalah faktor yang tidak boleh dipandang ringan kerana negara kita adalah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Dengan faktor utama bangsa Melayu bersatu padu, keharmonian kaum dapat dikekalkan. Masalah kita hari ini adalah bangsa Melayu tidak bersatu padu dan berpecah mengikut kepala-kepala politik masing-masing.

Apabila tidak ada kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan, musuh-musuh akan mencucuk jarum-jarum halus menghasut pemimpin-pemimpin Melayu yang berbeza cara fikir dan tindakan untuk terus melawan dengan propaganda yang manis didengar, teruja dengan slogan-slogan hebat.

Berserta sekali menyerang dan membunuh karekter pihak yang tidak sehaluan dengan mereka dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan-tuduhan salah laku.

Keharmonian akan tergugat apabila masyarakat bukan Melayu akan mula berpihak di antara dua atau tiga pecahan kumpulan umat yang berpecah.

Apabila terjadi demikian, pecahan Melayu yang lain mula sangsi terhadap masyarakat bukan Melayu. Semakin lama, akan semakin membara. Kepercayaan sesama rakyat Malaysia akan semakin hilang.

Seterusnya, bukan lagi rahsia, bahkan menjadi 'open secret' bahawa pakatan pembangkang itu sendiri pernah bekerjasama dengan kuasa asing untuk memenangi pilihanraya, dan usaha mereka berjaya pada PRU14.

Hal ini pernah dilaporkan oleh media asing, termasuk Washington Post yang mengatakan US campurtangan dalam politik Malaysia. Bahkan Deniel Twining daripada NED dan IRI mengakui mereka mula bekerja secara rahsia dengan pembangkang Malaysia sejak 2002.

Sunday, 5 September 2021

YERBA MATE TEH HIJAU ARGENTINA

 
Di benua Amerika Selatan terdapat sejenis pokok yang dikenali yerba mate. Ia merupakan tumbuhan asli yang tumbuh di hutan. Yerba mate diakui kaya khasiat dan manfaat kebaikan untuk kesihatan manusia. 

Yerba mate telah digunakan sebagai bahan menghasilkan minuman seperti teh semenjak 400 tahun yang lalu di Argentina dan lain-lain negara Amerika Selatan. Sebab itu ia juga dikenali teh yerba mate.

Yerba mate mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan dan baik untuk manusia seperti zat mineral, lemak asid, klorofil, polyphenol, asid pantothenik dan 15 jenis asid amino.

Minum tea yerba mate boleh membantu merawat pelbagai penyakit terutama mencuci racun dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.

Justeru, tea yerba mate boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser perut, keletihan, masalah kulit, melangsingkan badan dan melancarkan metabolism badan.

Disebabkan ia banyak diamalkan penduduk di Argentina, yerba mate turut digelarkan sebagai Tea Hijau Argentina.

Antara kebaikan khasiat teh hijau yerba mate ialah:
- Menguatkan ketahanan tubuh untuk malawan penyakit.
- Membersihkan darah yang kotor.
- Menghancurkan batu karang di buah pinggang.
- Menurunkan kadar gula.
- Membuang kolesterol.
- Membuang racun dalam darah.
- Mengeluarkan asid urik.
- Antikanser. 
- Melancar pembuagan air kencing.
- Membantu menguatkan otot jantung.
- Membantu melegakan insomnia.
- Meningkatkan pembakaran lemak.
- Mengurangkan berat badan.  
- Melegakan panas badan.
- Mempercepatkan pemulihan dari keletihan.
- Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membantu mengatasi tekanan darah tinggi.
- Sesuai sebagai minuman harian yang sihat
- Berfungsi sebagai detox. 

FOREVER ALOE VERA GEL POKOK LIDAH BUAYA

 
Aloe vera adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.

Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.


ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI BERKUALITI

 
One Drop Perfume adalah jenama minyak wangi telah lama terkenal di pasaran negara kita. tanpa alkohol yang paling diminati ramai. 

Kelebihan dan keistimewaan One Drop Perfume adalah:
- Tanpa alkohol
- Wangian yang tahan lama.
- Bau wangian segar
- Wangian lembut.
- Halal
- Bebas bahan haram
- Sesuai dijadikan set hantaran
- Boleh digunakan ketika bersembahyang
- Pek baharu yang lebih menarik.
- Harga murah tetapi berkualiti.

- Hanya setitik, wangi sepanjang hari

- Tanpa campuran air dan alkohol

- Botol kecil mudah dibawa ke mana-mana


Dapatkan One Drop Perfume  Di Shopee

LEMON PLUS JAMU JELITA PILIHAN UNTUK KURUS

 
Ingin kurus secara sihat? Caranya mudah dan berkesan dengan mengamalkan Lemon Plus Jamu Jelita
 
Kebaikan dan kebekesanan Lemon Plus Jamu Jelita membantu seseorang menjadi kurus diakui pengguna kerana menggunakan rumauan atau bahan semulajadi yang memang terbaik.

Kandungan:
- Lemon
- Limau gedang
- Garcinia cambogia
- Teh hijau
- Cerepron-F
- Vitamin C 7.
- Inulin
- Sitrus
- Guarana
- Stevia
- Hithione

Kebaikan 
- Membantu membakar lemak dengan lebih cepat.
- Membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam tubuh.
- Mengeluarkan toksin dari tubuh. 
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme.
- Membantu pencerahan kulit dengan adanya Cerepron-F.

Dapatkan Lemon Plus Jamu Jelita